Sedar ataupun tidak,bulan Ramadhan telah melalui di dalam diri kita sudah selama 25 hari yang berlalu.Syawal akan tiba tidak lama lagi.Ramai manusia yang sudah gembira kerana ingin menyambut Aidilfitri disamping keluarga tersayang.Tetapi setengah yang lain sedang menangis kerana sedih Ramadhan akan meninggalkan kita.Tetapi bergembira bukan bermakna kita tidak mensyukuri terhadap segala perkara yang telah kita lakukan,mungkin kerana kita gembira kerana sudah tidak lama jumpa ahli keluarga samada yang dekat ataupun yang jauh.
Para pembaca yang budiman,
Adakah kita pernah terfikir yang adakah kita akan dapat berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun depan?Cuba tanya dalam diri tuan/puan masing-masing.Inilah jawapan bagi orang-orang yang menangis kesedihan kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita.Para ahli sufi,wali-wali allah,ulama' dan sebagainya akan merasa sedih pada akhir ini.Sayangnya akan Ramadhan seolah-olah Ramadhan ini adalah kekasih,isteri dan sebagainya bagi diri mereka.Sebab itulah,pada bulan ini mereka melakukan amalan yang banyak dan beristiqamah dalam melakukannya agar Allah s.w.t. menambahkan ganjaran yang telah dilakukannya.
Para pembaca yang dirahmati Allah,
Ramadhan adalah bulan berkat,bulan yang mulia,bulan yang penuh rahmat kepada penganut agama Islam,supaya semua umat Islam dapat pahala yang berlipa-lipat kali ganda bagi yang melakukan amal soleh.Tetapi,ramai diantara rakyat Malaysia yang tidak puasa.Sungguh memalukan bagi seorang Muslim yang sudah baligh.Ana tahu benda ini melalui ana lihat dengan mata dan kepala ana sendiri,sewaktu ana pergi ke cyber cafe untuk melayari internet,mereka makan maggie,dan meminum minuman tin dengan megahnya berjalan kehulu dan kehilir dengan makanan tersebut.Langsung tiada perasaan malu didalam diri mereka.Ini jelas,nabi pernah menyatakan yang "malu itu adalah separuh daripada iman".Jadi tak salah jika ana menyatakan yang mereka itu tidak ada iman didalam diri mereka.Masuk waktu solatpun tidak diendahkan,ini bermakna 100% imannya telah hilang.Kerana segala amal yang di buat hendaklah disertakan dengan solat lima waktu,kerana solat adalah tiang agama,jika tiada tiang maka dapat diibaratka seperti rumah yang tiada dinding dan tiang,maka segala amalannya tidak dapat di sangkut kerana solat tidak dilakukan.
Oleh itu,muslimin dan muslimat yang dirahmati allah,
Marilah sama-sama kita ambil iktibar dan kita mengubah diri ini supaya kita kembali pada I'DILFITRI dengan keadaan yang "FITRAH" iaitu suci daripada segala kekotoran dosa-dosa yang telah lalu.Waalahualam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan