Tips Kesihatan Pada Bulan Ramadan

Tips Kesihatan Pada Bulan Ramadan
Fisiologi Badan Manusia Ketika Berpuasa
Perubahan yang berlaku terhadap badan kita ketika berpuasa bergantung kepada panjang masa dan kekerapan kita berpuasa. Secara teknikal, badan kita mula menunjukkan perubahan 8 jam selepas makan, iaitu ketika sistem penghadaman manusia sudah kehabisan nutrient untuk diserap masuk. Ataupun dalam istilah perubatan, puasa bermaksud perubahan fisiologi badan selepas 8 jam dari tempoh akhir seseorang itu makan. Ketika keadaan normal (tidak berpuasa), glukosa yang disimpan dalam hati(liver) dan otot(muscle) merupakan sumber utama tenaga. Ketika peringkat awal berpuasa, glukosa yang tersimpan tadi merupakan sumber tenaga yang pertama sekali akan digunakan. Kemudian, setelah simpanan gulkosa tadi habis, lemak pula menggantikan glukosa tadi sebagai sumber tenaga. Lemak yang tersimpan di beberapa tempat di dalam badan terutama di lapisan bawah kulit. Sebilangan kecil glukosa akan di’bina’ melalui beberapa mekanisma di hati.
Hanya pada keadaan badan tidak menerima makanan untuk tempoh yang lama sahaja, lebih dari sehari, barulah protin digunakan sebagai sumber tenaga. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘kebuluran’(starvation) dan ianya tidak baik untuk kesihatan kerana ianya menyebabkan pemecahan otot untuk mendapatkan protin sebagai sumber tenaga. Oleh kerana itu, seseorang yang kebuluran  akan kelihatan terlalu kurus dan menjadi sangat lemah.
Ketika Ramadan kita hanya berpuasa dari subuh sehingga senja. Hal ini membolehkan kita mengisi semula simpanan tenaga yang mencukupi ketika bersahur dan berbuka puasa. Justeru, puasa menyediakan proses pertukaran sumber tenaga dari glukosa kepada lemak dalam keadaan teratur dan pemecahan otot untuk menghasilkan protein sebagai sumber tenaga dapat dielak. Penggunaan lemak sebagai sumber tenaga membantu untuk mengurangkan berat badan, memelihara otot, dan mengurangkan kandungan kolesterol badan seterusnya menuragkan risiko sakit jantung dan strok. Tambahan lagi, kehilangan berat badan turut membantu untuk mencegah diabetes dan mengurangkan tekanan darah. Proses detoksifikasi badan turut berlaku ketika berpuasa, melalui proses pelarutan dan ianya dibuang terus melalui air kencing. Selepas beberapa hari berpuasa, kandungan beberapa hormon meningkat mendadak seperti endorfin lalu meningkatkan kadar kewaspadaan (alertness) dan perasaan mental yang sihat secara umum.
Makanan yang seimbang dan pengambilan cecair amat penting ketika waktu berbuka sehingga sahur pada hari berikutnya. Pundi kencing dapat menjalankan fungsinya dengan baik ketika berpuasa dengan mengekalkan cecair dan garam dalam badan seperti Sodium dan Potassium. Namun begitu, cecair dan garam tersebut tetap boleh dikumuhkan melalui peluh.

Jenis Makanan yang Sesuai Ketika Ramadhan
Secara umumnya, berpuasa pada bulan Ramadhan mampu meningkatkan kesihatan seseorang, tetapi ada juga kemungkinan untuk menjadi lebih teruk! Faktor penentu bukan pada puasa itu sendiri, tetapi pada makanan yang diambil ketika waktu tidak berpuasa (ketika berbuka puasa sehingga sahur). Untuk mendapat manfaat yang penuh ketika berpuasa, seseorang itu perlu mengawal jenis dan kuantiti makanan sepanjang bulan yang mulia ini. Makan secara berlebihan turut memberi kesan kepada rohani dan menyebabkan sesorang itu malas dan cepat mengantuk. Diet pemakanan perlulah simple dan tiada perbezaan terlalu ketara dengan diet harian seseorang pada hari biasa. Makan yang seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kumpulan makanan utama (karbohydrat, lemak, protin, dan lain-lain) dan menepati kuantiti yang diperlukan.
Karbohydrat kompleks adalah makanan yang akan membantu untuk membekalkan tenaga untuk jangka masa yang panjang. Karbohydrat kompleks terdapat pada bijian dan biji benih seperti barli, gandum, oat, kekacang, beras bathmathi dan lain-lain.  Makanan yang kaya dengan serat sangat membantu proses penghadaman. Ianya terdapat pada bijirin, gandum, bijian, ubi kentang, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
Makanan yang perlu dielakkan pula ialah makanan yang bergoreng (deep fried foods) seperti kentang goreng, ayam goreng, dan lain-lain. Kedua, makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti manisan tradisional arab, gula-gula India dan air yang terlalu manis. Minuman berkaffein perlu dielakkan kerana kaffein mengurangkan kandungan cecair badan dengan meningkatkan proses perkumuhan melalui air kencing. Kopi, teh dan kola merupakan minuman yang mengandungi kadar kaffein yang tinggi.
Ketika sahur, anda dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak terlalu berat atau tidak terlalu mengenyangkan tetapi makanan tersebut kekal memberi tenaga untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, makanan yang lambat hadam merupakan makanan terbaik untuk sahur, seperti oat dan roti.  Manakala ketika berbuka, kurma disahkan sebagai makanan terbaik untuk berbuka kerana kurma memberikan tenaga yang banyak dan memberikan kesegaran kepada seseorang. Jus buah-buahan juga memberi kesan yang hampir sama dengan kurma. Selain itu, Al-quran, As-sunnah dan kajian moden mengesyorkan beberapa makanan yang baik ketika berpuasa seperti susu, kurma, daging lembu atau kambing, dan oat.

Komplikasi yang Bakal Berlaku Ketika Berpuasa.
1.Heartburn (acid indigestion)
Heartburn ialah satu situasi di mana perut seseorang akan rasa sakit (burning) kerana kandungan asid yang berlebihan. Situasi ini juga dipanggil sakit ‘gastrik’. Biasanya, puasa mengurangkan bilangan asid yang terhasil, tetapi bila seseorang berfikir tentang makanan, atau bau makanan, otak akan memberi arahan kepada perut untuk menghasilkan asid. Oleh itu, heatburn berkemungkinan akan menjadi masalah ketika berpuasa.

2.Pening Kepala (Headache)
Pening kepala merupakan masalah yang biasa yang dihadapi ketika berpuasa. Ianya datang dari pelbagai punca. Pening kepala ketika berpuasa biasanya kerana dehydrasi (kurang air dalam badan) atau lapar, rehat yang tidak cukup, atau ketiadaan bahan-bahan ketagihan seperti kaffein atau nikotin.

3.Dehydrasi
Dehydrasi juga biasa berlaku ketika berpuasa. Badan manusia kehilangan air dan garam secara berterusan melalui pernafasan, peluh dan urine. Mencegah selalunya lebih baik dari mengubat. Seseorang itu perlulah minum air yang mencukupi ketika berbuka dan bersahur bagi mengelakkan komplikasi ini. Selain itu, Oral Rehydration Salt (ORS) membantu dalam memulihkan kandungan air dan garam dalam badan.

4.Lain-lain seperti sembelit, stress dan obesity.
Oleh itu, besarlah makna Ramadan kali ini jika kita menghadapinya dengan tubuh badan yang sihat. Badan yang sihat menjadikan ibadah lebih lancar. Selamat menjalani ibadah puasa

Tiada ulasan:

 
Copyright By Luqmannulhakim.Design By Amin Aizuddin