Huh???!!!!

Assalamualaikum....Hari ini aku nak share ckit degan para pembaca yang budiman....myb ad yang da tgk post nie kat FB...tp aku tetap nk wat masuk jgk dalam blog aku yg cute mute nie(just joke)....harap semua pakat baca.......


MINTAK2 KEPADA KAWAN2 SEMUA,,,BACA LAAA,,,BUKAN SAJE2 NK POST NIE!!!~~~
DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHHUAKBAR

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM

Semoga Dia Cepat Bertaubat

Assalamualaikum...Malam nie aku nak kongsi dgn korang semua pasal 1 kisah.Mmg law korang semua dgr cter ni mmg korang akan mnympah kt tuannyer.
Lps solat asar td,aku d kjutkan dgn 1 bnda.Aku bkak jer FB aku,bkak group para pencari Allah.Tengah sedap dk tgk pbncangan kwn2,tbe2 jer aku ttgok 1 post...

Fulamak!!!!

Gile punye orang,hine nabi,isteri dan Allah s.w.t.

try la korang bkak tweeter die...

https://twitter.com/TengkuSophia


Memang mengucap panjang aku dibuatnyerr....



huhuhuh....apa perasaan korang sumer??
Die nie mmg gler,bukan aties,tp pngnut kristian yang myb x hb bc bibble kowt...

Law korang tgk profile die,mmg die nie org yg mcm nie,ayah die islam,tp mak die kristian sama mcm die.

law korang sume nk taw lbh agy,bkak jer link kat atas 2 dan baca puas2....

Nie group yg aku join,jom la pakat join ramai2 dalam fb

PpAcommunity@groups.facebook.com

Kemeriahan Awal Muharram

Alhamdulillah,syukur pada Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat juga saya pergi menjenguk suasana Awal Muharram di kampuang kawan saya.Pengalaman ini adalah pengalaman yang cukup manis kerana saya diberi peluang untuk bersama dengan keluarga mereka yang ramai dan gembira selalu.
Suasana disini cukup berbeza berbanding dengan suasana semasa saya berada di pusat pengajian tahfiz saya dulu di Pasair Mas.Ini kerana banyak perkara yang kami dapat pelajari daripada peristiwa hari ini.
Memang la,jika di perhatikan,ramai kaum muslim yang membuat bubur asy-syura kerana menyambut tahun baru hijrah.Di tahfiz lama saya dulupun macam ini jujgak malah bilangan kawah yang digunakan adalah lebih banyak berbanding di kampung ini,tetapi yang membezakannya adalah sikap penduduk setempat.
Sikap kerjasama yang mereka tunjukkan sangat memikat hati saya yang selaku penghijrah atau musafir.Walaupun mereka telah berusia tetapi mereka tetap gigih melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.
Saya dan rakan-rakan bertolak pada pukul 10 pagi untuk pergi ke kampung tersebut.Jika saya tidak silap,pada pukul 11.20 pagi kami sampai dirumah kawan saya yang bernama Arif itu.Kemudian kami pergi mengambil rakan-rakan yang lain di stesen KTMB untuk membawa mereka kerumah Arif.Jadi bilangan kami semua adalah 10orang sekali dengan Arif adalah 11 orang.
Setelah sampai,maka kami teruskan dengan membuat pelbagai kerja yang disuruh.Mula-mula kami memarut kelapa untuk dijadikan santan segar.

Ini kawan saya yang bernama Rizal.Ermmm,cukup tekun membuat kerja.Boleh la jika sapa-sapa mahu manjadikannya sebagai menantu..Hhehehehe...Jangan marah.



















jom kite intai kawah pulak yeerrr...
jeng....jeng.....jeng........




2 buah kawah,1 yang kecik 1 yang besar,yang kecik yang biase punye,yang besar yang daging punye.

haaa....sempat jugak saya ambik gambar pakcik2 yang ensem dikampung nie tgh main haji.



Sorrryyyyy...tak berani nak ambik dekat,takut dieorang marah...heheheheheh....











ini lah keadaan kawah yang sedang menggelegak...hehehehehe.....nampak macam larva gunung berapi jerrrr....





ini lah yang kami kacau untuk mendapatkan hasilnya..fuhhh...panassssss.....................................

masing-masing khusyuk dengan tugas masing-masing..





ini Akif,memang suke dengan kerja-kerja macam nie...cz die minat memasak.My homemate...

















dah banyak dah kelapa parut....heheheheheh....








kelapa parut...memang banyak benda ini di perlukan....



Nie baw yang dk kat atas lantai,kat dalam bakul still banyak agy,....sudahh korangg...x habis x boleh balikkkk.....hehehheehe...............












hahahah......ini yang aku gemari.....




nie baw sep2 veteran pula....


















nie giliran aku...tp da diserang oleh asap...








nie tuan empunya(arif) yang sungguh bergaya...hehehe
























Arif dengan phaiz adiknya...



selepassolat maghrib,kami mahu berangkat pulang..




















Selepas 2,kami dihadiahkan 1 bungkus sorang syura....

Kemudian pulang dengan motor dalam keadaan jalan yang gelap...





Baiki topi dulu...hehehehe.......





ok laaa....stkat 2 lah dulu kisah hari ini...law ada pejalanan yang lebih hebat and sedap agy,tsaya ceritakan pula ya...

Muslimah dimanakah Auratmu..??

Jika dilihat,sedar ataupun tidak,hakikatnya,perempuan zaman sekarang semakin alpa dengan kemajuan dunia yang semakin membara.Di dalam kealpaan itu mereka tidak sedar bahawa kelakuan mereka di hari-hari yang telah mereka lalui adalah dipenuhi dengan dosa.

Ku hairan apabila melihat mereka yang memandang mudah bagi konsep ini,dan lagi bingung bila yang datang dengan memakai pakaian yang mencolok mata.Sesuatu yang 'simple' bagi mereka tetapi susah bagi agama Islam kita.Aurat.

Post ini bukannya hendak membezakan antara lelaki dengan wanita,tetapi hakikatnya,seorang perempuan berisiko tinggi dengan masalah aurat kerana aurat mereka cukup banyak berbanding lelaki.Lelaki pusat hingga lutut manakala perempuan adalah semua tubuh badan mereka kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Namun,akhir-akhir ini banyak dugaan yang telah dihadapi oleh muslimah sekarang.Antaranya,tudung.Tudung zaman sekarang berbagai-bagai bentuk,warna dan harga,tetapi tahukah anda yang tudung itu tidak memenuhi kehendak syara'?

Ini contohnya:


Rasa-rasa,ini dah memadai untuk menunjukkan bahawa aurat telah di tutup??







Sebenarnya masih belum,cara yang sebenar adalah menutup dengan tudung sehinnga lepas paras dada dan lepas siku anda.

Contoh:


Inilah yang di suruh dan yang digalakkan oleh syara'









So,baca,fikir dan ubah persepsi diri anda.Anda mampu mengubahnya.

Berubah di tahun baru ini,semoga segala amal kebaikan kita diterima oleh Allah s.w.t.


Cinta vs Teman


"Semua kerana cinta,yang pahit manis di rasa,menghibur nestapa merawat luka damai di jiwa,terpadam api benci permusuhan,terjalinlah kasih sayang,begitulah cinta yang di idamkan,tanpa nafsu yang mencemarkan,dan jangan pula kerana bercinta kitapun leka entah kemana,dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama.."

Cinta vs teman...

Teman adalah segalanya bagi seseorang,cinta adalah segalanya bagi seseorang.Tetapi,teman yang sejati adalah teman yang terbaik,mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada keburukkan.Jika seseorang tersalah memilih teman,sudah tentu mereka akan mewarisi sikit demi sikit sifat rakannya yang buruk itu.Sebab itulah pentingnya pemilihan teman yang baik kepada semua orang.Lain pula dengan cinta,cinta jika kita perhatikan ramai yang akan cakap pasal "couple".Sebenarnya cinta memang terlahir dari asal kejadian lagi.Ia adalah fitrah kepada manusia.Semua manusia akan ada rasa cintanya,samada cinta kepada sang pencipta,dan kepada manusia.Cinta itu indah sebenarnya,tetapi ada juga cinta yang suci telah dicemari iaitu cinta kepada dunia.Ini salah kerana Allah s.w.t. melarang umat islam daripada cinta akan dunia,kerana banyak buruknya.

Cinta itu di umpama sesuatu yang paling bernilai bagi manusia yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada manusia.Jika tiadanya cinta maka hilanglah kasih sayang,maka kucar-kacirlah semua manusia.

Tetapi jangan lah kerana cinta kita gadaikan semua maruah kita,dan janganlah kerana cinta kita lalai dari mengingati Allah,dan janganlah kerana cinta kita melakukan maksiat dan dosa.

Ini kerana tafsiran cinta itu cukup tinggi,tidak dapat di tafsir.Oleh itu jika anda jatuh cinta,pastikah cintalah dengan bersungguh-sungguh,cintalah dengan sepenuh hati,kerana cinta yang sejati adalah kepada yang hakiki.Cinta kepada ayah bonda adalah cinta yang seterusnya.Dan cintailah isteri anda dengan cinta yang tulus suci dan murni,kerana isteri itu adalah dirumah ia isteri di jalanan kawan di waktu kita buntu dia penunjuk jalan.

Mungkin post ini agak terabur,tetapi saya yakin yang para pembaca akan memahaminya.Ini kerana terlampau banyak tafsiran bagi cinta itu yang telah dikeluarkan.Cinta itu indah jika ianya indah.

Apa-apapun hargailah cinta anda.

Fakta

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.

Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
daripada membuat terowong bawah laut.

Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.

Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat badannya dalam masa 36 jam.

Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-
kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali
ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
kopi.

Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
terjun ini.

Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
itu melekat pada lelangit.

Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit
ialah seberat 1.36 kg.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
semasa haiwan itu melompat.

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
puncak Menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
bermakna `ibu negara'.

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung
berapi paling besar dalam sistem solar.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan
sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada
tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang
dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar
daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman
sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
kebodohan sendiri.

Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa
untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap
haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan
terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga
pemburu sampai.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang
sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh
2500 SM.

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet
telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan
pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona
Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang
lebih dewasa daripadanya.

Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella
mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah
untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia
menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa
manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah
pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari
1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan
semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955
apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral
dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan
tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga
ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia
dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar
beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan
lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung
pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang
hamil.

Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal
dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi
dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga
1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda
untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara
12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor
rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan
10,000 ekor burung merpati.

Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika
India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi
kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan
ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah
30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut
akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan
sebahagian besar muka bumi.

Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke
kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang
menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik
canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki
dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya
dilekatkan di kocek baju.

Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana
kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan
US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding
US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau
US$2,000 dengan senjata konvensional.

Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali
pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati
kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.

Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan
kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai
vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan
tenaga.

Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak
sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
setiap 20 minit.

Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di
dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh
dunia.

Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh
membesar sehingga 2 meter panjang.

Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar
tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan
isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret
Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and
Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai
rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak
daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman,
seorang agen insurans.

Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro,
menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun
1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"-
sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.

Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan
5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai
7,000 orang.

Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd
Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.

Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di
universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan
Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah
seorang kawannya.

Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi
meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar
Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan
hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat
takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi
mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak
mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami
masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi
miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah
terpahat di dahi.

Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun
begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui
cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui
cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis
bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut,
maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan
sehingga ke hari ini.

kt:http://kozumiro.blogspot.com

Hukum Memakai Jersi Bola Liga Perdana Inggeris

Assalamualaikum,alhamdulillah,pada pagi ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai hukum memakai jersi bola Liga Perdana Inggeris(EPL).
Jika kita lihat,ramai orang Islam yang memakai jersi pasukan bola yang di minatinya dengan gah.Tapi,adakah mereka tahu apakah hukumnya?
Saya ingin menegaskan disini bahawa hukumnya adalah HARAM.Ini kerana terdapatnya lambang,iklan tajaan dan bentuk baju yang boleh menyebabkan ststus kita untuk memakainya adalah Haram.
Contohnya jersi Liverpool:

Ini HOME punya jersi








Kita tengok yang AWAY punya pula...





Cantikkan....



Tapi.......


Anda semua perasan tak apa yang diiklankan pada jersi ini??

STANDARD CHARTERED....

Whooommmm!!!!!

Apa tuh.....

Tarak kenal ma...

 Sebenarnya ia adalah sebuah BANK.

yUP...jUST BANK...

Jadi tak haram la kan...

Salah...

Your answer Is wrong...

Why??

Sebab,Standard Chartered adalah bank yang mengamalkan riba.Jadi riba adalah haram di sisi Islam.

Apakah mahu kita memakainya?

Erm...bagaimana pula dengan jersi MAN.U??

Nie jersinya:



Nie yang HOME....










Nie yang AWAY punya jersi...











Jom kita tengok lambangnya...

Law yang ni...memang da tak perlu bagitaw dah,sebab,semua orang nampak yang 'RED DEVIL' ada kat atas tu...

Jadi jangan pakai.

Law rase nak pakai sangat,pakai jersi LIGA MALAYSIA or PASUKAN HARIMAU MALAYA ke,pilih la sendiri :











Ni untuk tahun 2011 punya jersi dan pasukan..

Apa-apapun,tahniah untuk Pasukan Kelantan yang berjaya ke suku akhir yang akan bertemu dengan Skuad Penyu,Pasukan Terengganu.Kami penyokong dan juga rakyat Kelantan menyokong terus,dan berharap semoga The Red Warriors akan ke final sekali lagi...Gomo Qlate Gomo!!!!Gol Sumbat Gol!!!!Kalahkan Semua Pihak Lawan..

Assalamualaikum w.b.t

Takhbir!!!Allahuakhbar!!!

Muhammad Indera(Mat Indera)







Muhammad (Ahmad) bin Indera lahir pada 1920 di Kampung Tombak,Peserai,Batu Pahat,Johor dan meninggal pada 30 Januari 1953.Beliau lebih dikenali dengan panggilan Mat Indera.Beliau merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan komunis untuk memerdekakan Malaya dari jajahan British.Beliau menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak polis dalam peristiwa Bukit Kepong.Beliau merupakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela,Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937.Beliau pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor,DYMM Sultan Ibrahim.Beliau kemudian penah berkhidmat sebagai salah seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat,Muar pada tahun 1937.Didalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama,Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut.Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas,beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian.sebagai guru agama.
Sewaktu pendudukan Jepun,Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras.Setelah British kembali,Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar,Johor.








Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Ahmad bin Indera telah bertindak menyertai pergerakan gerila komunisme di dalam hutan, kemungkinannya terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Mat Indera merupakan Ahli jawatankuasa sempadan Johor Melaka Parti Komunis Malaya pada awal 1950-an yang mengetuai pergerakan komunis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.
Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan. Akibatnya, Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Pejuang gerila komunisme yang menentang penjajahan British.






Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong. Hal ini disahkan dalam buku "Memoir Abdullah C.D."  dan buku Dialogues with Chin Peng. Ching Peng turut mengesahkan bahawa pihak komunis mengetahui kehadiran kanak-kanak dan wanita di balai tersebut.
Tragedi Bukit Kepong yang melihatkan pembunuhan kanak-kanak dan wanita telah dijadikan bukti oleh pihak Inggeris sebagai menyokong dakwaan keganasan dan kekejaman. Inggeris menetapkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan kononnya mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipaksa untuk membantu bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.
Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri, maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.
Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu dibicarakan oleh British atas kesalahannya.
Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu, Taiping.

Freemason












Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di EnglandScotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral danmetafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).

Asal-usul

Kultus kuno

Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.
Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman. 


Kesatria Templar

Freemason juga dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar (Knight's Templar). Mengikut legenda, pada abad ke-11, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman (berpandukan sesetengah pendapat; terletaknya di sebuah bilik rahsia di bawah Masjidil Aqsa). Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV. Kesatria Templar dipenjarakan tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali pada abad ke-17 di bawah nama Freemason.
Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada Gereja Ortodoks Timur) bersaing dengan Gereja Katolik Rom. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons dalam bahasa Perancis dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris.

Persatuan tukang batu

Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough masonFreestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.


Sejarah

Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun ke-16 Masehi. Salah satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason di Edinburgh pada 20 Mei 1641.[7] Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis dalam buku diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di Lancashire, pada 16 Oktober 1646.
Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada 24 Jun 1717 dengan terdirinya Loji Besar England (Grand Lodge of England). Dengan terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini menjadi organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan daripada empat cabang Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is which all men agree… that is, to be Good Men and True).
Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benua Amerika.


Etika Freemason

Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka


Persaudaraan

Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar pendirian mereka mudah diterima.


Menderma dan beramal kebajikan

Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi untuk menarik lebih ramai pengikut mereka.


Kebenaran

Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik. 


Struktur organisasi

Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.
Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.


Prinsip dan aktiviti utama

Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

Gerakan Freemason


Freemason di Amerika Syarikat

George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William HoperBenjamin FranklinMatthew ThorntonWilliam WhippleJohn HancockPhillip Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.
Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.


Freemason di Iraq

Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaranpemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh olehSaddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).


Freemason di Malaysia

Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO.
Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong KongChina dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
  • Singapura: 3 loji
  • Kuala Lumpur: 3 loji
  • Pulau Pinang: 1 loji
  • lpoh: 1 loji
  • Kuantan: 1 loji
  • Kuching: 2 loji
  • Port Dickson: 1 loji
  • Port Klang: 1 loji
  • Kelantan: 1 loji
  • Taiping : 1 loji
  • Kota Kinabalu: 1 loji
  • Bangkok: 3 loji
  • Pattaya: 1 loji
  • Melaka: 1 logi


Tentangan dan kritikan terhadap Freemason


Islam dan Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke SyriaIraqJordanMesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikanpolitikbudaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di MesirMaghribiLubnanMalaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Lambang-lambang Freemason










Kristian dan Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.
Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.
Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.
 
Copyright By Luqmannulhakim.Design By Amin Aizuddin