Cinta vs Teman
"Semua kerana cinta,yang pahit manis di rasa,menghibur nestapa merawat luka damai di jiwa,terpadam api benci permusuhan,terjalinlah kasih sayang,begitulah cinta yang di idamkan,tanpa nafsu yang mencemarkan,dan jangan pula kerana bercinta kitapun leka entah kemana,dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama.."
Cinta vs teman...
Teman adalah segalanya bagi seseorang,cinta adalah segalanya bagi seseorang.Tetapi,teman yang sejati adalah teman yang terbaik,mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada keburukkan.Jika seseorang tersalah memilih teman,sudah tentu mereka akan mewarisi sikit demi sikit sifat rakannya yang buruk itu.Sebab itulah pentingnya pemilihan teman yang baik kepada semua orang.Lain pula dengan cinta,cinta jika kita perhatikan ramai yang akan cakap pasal "couple".Sebenarnya cinta memang terlahir dari asal kejadian lagi.Ia adalah fitrah kepada manusia.Semua manusia akan ada rasa cintanya,samada cinta kepada sang pencipta,dan kepada manusia.Cinta itu indah sebenarnya,tetapi ada juga cinta yang suci telah dicemari iaitu cinta kepada dunia.Ini salah kerana Allah s.w.t. melarang umat islam daripada cinta akan dunia,kerana banyak buruknya.
Cinta itu di umpama sesuatu yang paling bernilai bagi manusia yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada manusia.Jika tiadanya cinta maka hilanglah kasih sayang,maka kucar-kacirlah semua manusia.
Tetapi jangan lah kerana cinta kita gadaikan semua maruah kita,dan janganlah kerana cinta kita lalai dari mengingati Allah,dan janganlah kerana cinta kita melakukan maksiat dan dosa.
Ini kerana tafsiran cinta itu cukup tinggi,tidak dapat di tafsir.Oleh itu jika anda jatuh cinta,pastikah cintalah dengan bersungguh-sungguh,cintalah dengan sepenuh hati,kerana cinta yang sejati adalah kepada yang hakiki.Cinta kepada ayah bonda adalah cinta yang seterusnya.Dan cintailah isteri anda dengan cinta yang tulus suci dan murni,kerana isteri itu adalah dirumah ia isteri di jalanan kawan di waktu kita buntu dia penunjuk jalan.
Mungkin post ini agak terabur,tetapi saya yakin yang para pembaca akan memahaminya.Ini kerana terlampau banyak tafsiran bagi cinta itu yang telah dikeluarkan.Cinta itu indah jika ianya indah.
Apa-apapun hargailah cinta anda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
cinta yg hakiki hanya kepada allah...! jika kite mencintai seseorang pastikan org itu lebih mencintai allah dan pastikan rasa cinta itu kerana allah:)
Catat Ulasan